Tuesday, August 12, 2014

Kerinduan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu ILKKM. kah3x. Rasanya tak terlambat kalau aku nak ucap selamat hari raya buat semua. Salam Syawal yang masih terasa :)

FFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFUUUUUUUHHHHHH~~~~!!!

Tiup siket blog, lame da x update blog sampai bersinus akut sampai nak jadi severe dah. hehe

oke,orang semua apa khabar hah? Aku rindu~

Tak tahu la nak habaq lagu mana, tapi baru2 ni aku rasa rindu sangat. Mungkin Syawal yang hadir membuatkan rindu tu bertandang. 
Dapat contact kawan2 lama, jumpa jiran2 lama dulu. Pehh, banyak dah berubah~ Serius baq hang. 
Tapi malangnya, disebabkan tiket bas aku beli lambat jadi aku kena pulak balik awal pasal tiket balik awal je yang ada. 
Tak sempat nak raya rumah member~ hmm
Pastu nak dijadikan citer lak, bas aku naik tu berhenti kat Hentian Sebelah Kg Bemban kat Melaka. Nak berhenti rehat kejap je jadi aku tido je lah. Tido punye tido dari kol 11 malam sampai 6 pagi tak gerak. Baru aku sedar, dunia aku tak seperti selalu. Selalu kol 6 pagi dah kat Sg Petani, Kedah dah. Puncanya bas pulak buat hal takleh masuk gear. Nak tunggu bas ganti pulak sampai kol 11 tengahari baru gerak. Haha.

 Daripada naik bas gi Kedah baru 12 jam(baru? haha) dah jadik 26 jam. Pehh, jammed tulang belakang cek. Tapi semuanya aku terima, pasal nak ikot disiplin. Dah la balik awal tapi sampai lambat. Pehh~ Harap2 aku berterusan la jadi lagu ni. hehe

Kerinduan berterusan~

Baru2 ni aku kembali aktif dengan kumpulan Qasidah, dulu sem 1 pakai baju melayu buat persembahan dalam kolej. Sekarang ni siap pakai jubah dengan serban lagi. Ya Allah, rasa rindu sangat pada Yang Maha Esa :')

Sekarang citer pasal karier aku lak, aku dah semester 3 sekarang. Pastu lagi dua orang member aku dah masuk jadik MA gak. Aku ingat nak buat geng MA la pasni. Yeyehh.

korang rindu aku tak? kalau rindu doa2kanlah diriku selalu. Jaga diri, jaga hati, ingat Allah selalu. Assalamualaikum~ till we meet again

zach ♥ sze

Tuesday, October 15, 2013

Dilemma


Sepanjang aku kat Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar(KPPAS) ni, ramai teman dalam kumpulan aku iaitu pelatih Batch 32 ni mempunyai pengalaman dalam bidang selain Medical Assistant. Kebanyakannya lulusan diploma dan ada juga ijazah. Dalam hatiku terdetik, "Ya Allah, mereka mempunyai bakat lain selain bakal menjadi Penolong Pegawai Perubatan". Namun satu perkara sering bermain dibibir mereka iaitu "Untung awak masih muda lagi dah masuk sini". Aku hanya tersenyum dan rasa bersalah mula timbul. Pada aku, semuanya bergantung kepada peluang dan takdir. Banyak yang perlu aku pelajari untuk diisi dalam diri berbanding ilmu dan pengalaman mereka yang luas.

Ramai dari mereka yang datang dari segenap latarbelakang institusi pengajian tinggi. Ada yang datang secara sukarela dan tidak kurang jugak yang menurut keputusan ibu bapa. Semua ini bergantung kepada ketentuan Ilahi. Bagi aku pulak, aku disedarkan oleh mak aku sendirik. Kerja dah depan mata beb, nak tunggu apa lagi. Kita belajar pun pasal nak dapat kerja kan? Kerja dan dapat gaji seterusnya mendirikan kehidupan berkeluarga, kemudian err oke aku kembali ke point asal iaitu Dilemma.

"Datangmu tidak diundang, kalau ragu sila pulang", kata-kata hikmat tersebut bagaikan diungkap oleh Tuan Pengarah dalam beberapa ucapannya sewaktu di perhimpunan. Ucapan beliau yang sopan-santun namun mengingatkan aku kembali kepada seorang pengajar dalam kursus asas komando. Pengajar tersebut dengan tersenyum berkata "apa yang mereka(kadet pelatih) perlu sekarang ialah berfikir untuk mendapatkan beret hijau, kalau mereka fikir tentang lain memang susahlah". Sejujurnya, perkara itu yang perlu difahami oleh saudara sekalian dalam konteks belajar sambil bekerja dalam perkhidmatan awam kerana anda telahpun menerima kedudukan anda sebagai pelatih dan sepatutnya bersungguh-sungguh untuk dilantik dalam jawatan.

Selain itu, aku teringat kata2 guru Prauniversiti aku di sekolah iaitu Puan Sarinah yang menekankan konsep gaji yang berkat dalam kehidupan seorang pegawai kerajaan. Kita sebagai seorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam menerima gaji penuh setiap bulan dan menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan tugas bersungguh-sungguh mengikut gaji tersebut. Ramai kan yang pernah bekerja di sektor swasta? Gaji kita bergantung sepenuhnya kepada majikan dan terdapat banyak kes pekerja tidak dibayar gaji sepatutnya. Aku cuba terapkan nilai tersebut. Kini, aku sendiri tak dapat meneruskan pembelajaran di Prauniversiti namun secara tak sedar aku menyedari ilmu yang telah aku pelajari di Prauniversiti banyak membantu dalam memahami subjek dalam kerjaya Penolong Pegawai Perubatan. Terima kasih cikgu.

Sesungguhnya, pandanglah kehadapan kerana kita perlu lebih bersedia dalam menjadi Medical Assistant yang terlatih. Walaupun pahit untuk ditelan, namun kita perlu sedar akan prioriti dalam meneruskan kehidupan dengan hidup dengan cita2 baru dan menggunakan pengalaman berharga yang lepas.Contohnya, tidak mungkin seseorang pandai mengenai bab undang-undang Malaysia jikalau tidak mengambil jurusan undang-undang di UUM dan mewakili kolej dalam debat, tidak mungkin juga seorang saudara mampu menolong saudara yang lain dalam mengetahui selok-belok jalan di Pulau Pinang jikalau tidak menyambung pelajaran di UiTM Penang. Malah, tidak mungkin juga seseorang mampu berkongsi pandangan yang begitu matang jikalau tidak menjalani sendiri proses kehidupan tersebut.

~SubhanAllah Maha Pencipta sekalian Alam, Dia yang Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan~

zach ♥ sze

Thursday, October 3, 2013

KPPAS 2

Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar terletak di Alor Setar, Kedah. Cuaca memang tak tentu kat sini.
Aku tengok memang banyak awan tapi panas gile boh.
Time register tu, aku dapat hilangkan rasa newbie bila jumpa kawan yang aku kenal kat facebook bernama
Rahimi, thanks dude! -masin komen dia kat facebook pasal dia kabo aku mesti dapat masuk kat kolej ni punya. HEHE.

Kat kolej ni merupakan pertama kali aku berjauhan dari keluarga, rasa awkward gak mula2. Kat kolej ni ada sesi Orientasi iaitu pengenalan dengan karier, apa yang bakal ditempuhi,memupuk kesedaran individu dan disiplin. Selepas pendaftaran gedebak gedebuk semua keluarga aku balik, aku masuk bilik petang tu dan berkenalan dengan roomate aku dari Terengganu bernama Fadzil. Semua pelatih dibenarkan berehat petang tu. Aku dok sandar, penat gak aku terkenang keluarga sampai tertidur ke malam hari. Rahimi mesej aku malam tu dengan ucapan "selamat berorientasi". hah! Bereh boh~ Grrr

Habis je orientasi, ada majlis tilawah peringkat kebangsaan kat Hospital Sultanah Bahiyah. Sepanjang tempoh orientasi tu, aku rasa macam dunia aku sepenuhnya kat kolej. Langsung tak terfikir pasal dunia luar kolej, hah gitu. Hospital Sultanah Bahiyah tu tempat pertama aku jejak lepas orientasi, masa on the way gi situ baru aku tersedar erti kebebasan. Cehh. Masa kat festival tu ramai peserta terdiri daripada pelatih seluruh Malaysia. Kat situ aku nampak kelibat seorang yang aku pernah temui, Zafri. Yeah, yang aku jumpa masa temuduga tu.

Aku : Eh, kao Zafri.
Zafri: Hah? A'ah
Aku : Aku ar yang masa temuduga dulu.
Zafri: Oh, hah. *senyum
Aku: Kat mana kao sekarang?
Zafri: Aku pelatih pegawai farmasi kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta.

Tak sangka dapat jumpa. Aku teringat lagi dia padahal jumpa sekali je, pastu 6 bulan kemudian baru jumpa lak tu. Dia dah Semester 2 masa ni. Pelik gak, asal aku dapat masuk lambat? Ahh, biarlah. Aku rasa bertuah dapat masuk kat kumpulan ni. Penuh dengan individu matang yang berani dan yakin dalam membuat keputusan. Ada jugak yang tak betul tapi aku pedulik hape? HAHA. Mungkin masa ni kematangan aku akan diuji.
Sungguh...
zach ♥ sze

hakcipta terpelihara oleh zackluqman ;)