Thursday, October 3, 2013

KPPAS 2

Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar terletak di Alor Setar, Kedah. Cuaca memang tak tentu kat sini.
Aku tengok memang banyak awan tapi panas gile boh.
Time register tu, aku dapat hilangkan rasa newbie bila jumpa kawan yang aku kenal kat facebook bernama
Rahimi, thanks dude! -masin komen dia kat facebook pasal dia kabo aku mesti dapat masuk kat kolej ni punya. HEHE.

Kat kolej ni merupakan pertama kali aku berjauhan dari keluarga, rasa awkward gak mula2. Kat kolej ni ada sesi Orientasi iaitu pengenalan dengan karier, apa yang bakal ditempuhi,memupuk kesedaran individu dan disiplin. Selepas pendaftaran gedebak gedebuk semua keluarga aku balik, aku masuk bilik petang tu dan berkenalan dengan roomate aku dari Terengganu bernama Fadzil. Semua pelatih dibenarkan berehat petang tu. Aku dok sandar, penat gak aku terkenang keluarga sampai tertidur ke malam hari. Rahimi mesej aku malam tu dengan ucapan "selamat berorientasi". hah! Bereh boh~ Grrr

Habis je orientasi, ada majlis tilawah peringkat kebangsaan kat Hospital Sultanah Bahiyah. Sepanjang tempoh orientasi tu, aku rasa macam dunia aku sepenuhnya kat kolej. Langsung tak terfikir pasal dunia luar kolej, hah gitu. Hospital Sultanah Bahiyah tu tempat pertama aku jejak lepas orientasi, masa on the way gi situ baru aku tersedar erti kebebasan. Cehh. Masa kat festival tu ramai peserta terdiri daripada pelatih seluruh Malaysia. Kat situ aku nampak kelibat seorang yang aku pernah temui, Zafri. Yeah, yang aku jumpa masa temuduga tu.

Aku : Eh, kao Zafri.
Zafri: Hah? A'ah
Aku : Aku ar yang masa temuduga dulu.
Zafri: Oh, hah. *senyum
Aku: Kat mana kao sekarang?
Zafri: Aku pelatih pegawai farmasi kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta.

Tak sangka dapat jumpa. Aku teringat lagi dia padahal jumpa sekali je, pastu 6 bulan kemudian baru jumpa lak tu. Dia dah Semester 2 masa ni. Pelik gak, asal aku dapat masuk lambat? Ahh, biarlah. Aku rasa bertuah dapat masuk kat kumpulan ni. Penuh dengan individu matang yang berani dan yakin dalam membuat keputusan. Ada jugak yang tak betul tapi aku pedulik hape? HAHA. Mungkin masa ni kematangan aku akan diuji.
Sungguh...
zach ♥ sze

No comments:

Post a Comment

hakcipta terpelihara oleh zackluqman ;)