Sepanjang aku kat Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar(KPPAS) ni, ramai teman dalam kumpulan aku iaitu pelatih Batch 32 ni mempunyai pengalaman dalam bidang selain Medical Assistant. Kebanyakannya lulusan diploma dan ada juga ijazah. Dalam hatiku terdetik, "Ya Allah, mereka mempunyai bakat lain selain bakal menjadi Penolong Pegawai Perubatan". Namun satu perkara sering bermain dibibir mereka iaitu "Untung awak masih muda lagi dah masuk sini". Aku hanya tersenyum dan rasa bersalah mula timbul. Pada aku, semuanya bergantung kepada peluang dan takdir. Banyak yang perlu aku pelajari untuk diisi dalam diri berbanding ilmu dan pengalaman mereka yang luas.
Ramai dari mereka yang datang dari segenap latarbelakang institusi pengajian tinggi. Ada yang datang secara sukarela dan tidak kurang jugak yang menurut keputusan ibu bapa. Semua ini bergantung kepada ketentuan Ilahi. Bagi aku pulak, aku disedarkan oleh mak aku sendirik. Kerja dah depan mata beb, nak tunggu apa lagi. Kita belajar pun pasal nak dapat kerja kan? Kerja dan dapat gaji seterusnya mendirikan kehidupan berkeluarga, kemudian err oke aku kembali ke point asal iaitu Dilemma.
"Datangmu tidak diundang, kalau ragu sila pulang", kata-kata hikmat tersebut bagaikan diungkap oleh Tuan Pengarah dalam beberapa ucapannya sewaktu di perhimpunan. Ucapan beliau yang sopan-santun namun mengingatkan aku kembali kepada seorang pengajar dalam kursus asas komando. Pengajar tersebut dengan tersenyum berkata "apa yang mereka(kadet pelatih) perlu sekarang ialah berfikir untuk mendapatkan beret hijau, kalau mereka fikir tentang lain memang susahlah". Sejujurnya, perkara itu yang perlu difahami oleh saudara sekalian dalam konteks belajar sambil bekerja dalam perkhidmatan awam kerana anda telahpun menerima kedudukan anda sebagai pelatih dan sepatutnya bersungguh-sungguh untuk dilantik dalam jawatan.
Selain itu, aku teringat kata2 guru Prauniversiti aku di sekolah iaitu Puan Sarinah yang menekankan konsep gaji yang berkat dalam kehidupan seorang pegawai kerajaan. Kita sebagai seorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam menerima gaji penuh setiap bulan dan menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan tugas bersungguh-sungguh mengikut gaji tersebut. Ramai kan yang pernah bekerja di sektor swasta? Gaji kita bergantung sepenuhnya kepada majikan dan terdapat banyak kes pekerja tidak dibayar gaji sepatutnya. Aku cuba terapkan nilai tersebut. Kini, aku sendiri tak dapat meneruskan pembelajaran di Prauniversiti namun secara tak sedar aku menyedari ilmu yang telah aku pelajari di Prauniversiti banyak membantu dalam memahami subjek dalam kerjaya Penolong Pegawai Perubatan. Terima kasih cikgu.
Sesungguhnya, pandanglah kehadapan kerana kita perlu lebih bersedia dalam menjadi Medical Assistant yang terlatih. Walaupun pahit untuk ditelan, namun kita perlu sedar akan prioriti dalam meneruskan kehidupan dengan hidup dengan cita2 baru dan menggunakan pengalaman berharga yang lepas.Contohnya, tidak mungkin seseorang pandai mengenai bab undang-undang Malaysia jikalau tidak mengambil jurusan undang-undang di UUM dan mewakili kolej dalam debat, tidak mungkin juga seorang saudara mampu menolong saudara yang lain dalam mengetahui selok-belok jalan di Pulau Pinang jikalau tidak menyambung pelajaran di UiTM Penang. Malah, tidak mungkin juga seseorang mampu berkongsi pandangan yang begitu matang jikalau tidak menjalani sendiri proses kehidupan tersebut.
~SubhanAllah Maha Pencipta sekalian Alam, Dia yang Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan~
~SubhanAllah Maha Pencipta sekalian Alam, Dia yang Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan~