Thursday, October 3, 2013

KPPAS 1

Assalam and greetings to all fans and aircond.
It's been about 3 months since my first step on Medical Assistant College of Alor Setar, Kedah@ Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar.
It's my pleasure to share my experience with you guys especially those who are interested with Medical Assistant career.

Here's the true story~~~

We start from interview session shall we?
aku datang interview kat Klinik Kesihatan Taman Universiti, JB. Banyak gila persoalan bermain kat fikiran aku masa on the way tu : aku nak makan ape pasni? petang nanti nak tidur ke nak online? ehh aku terlupa jap gi interview ni, ape interviewer tu nak tanya aku hah? Mase tu memang aku serabut ar. Aku memang tak pernah pergi interview. Mak aku lah yang paling bertungkus-lumus dalam usaha aku nak pergi interview ni. Dah dekat sebulan dia surf internet cari soalan berkaitan MA. Thanks mama.

Sesi interview ni start kol 9 pagi dimulai dengan peperiksaan bertulis. Masa tu aku buat silap besar kerana telah menjawab soalan di ruangan jawapan yang salah. First time kot dalam hidup aku tengok kertas jawapan siap ade 2 muka. Aku gi buat kat muka depan, pastu jadi kerja nak padam balik. Akhirnya dah dekat abes waktu tu, aku yang tak sempat siap telah berjaya mengekalkan muka tenang dan yakin. Padahal aku menggigil time tu. Aku rasa interviewer tu respek kat aku time tu : aish tenang gila mamat ni. aku rasa ar pasal... jap gi aku sambung kat sesi temuduga.




Sesi interview dimulakan start kol 9.30 pagi. Aku datang lambat jadi aku pun kena interview lambat. Adil kan? ffffuuuuu

Aku tunggu la kat bilik menunggu dan sempat berkenalan dengan seorang kenalan bernama Zhafri.Best klinik tu, penuh pendingin hawa sehingga aku menggigil dekat 5 jam lebih, kurang sesuai untuk temuduga. HAHA. Last2 aku masuk kol 3 petang untuk ditemuduga. Macam2 yang penemuduga tu tanya seperti kenalkan diri dalam bahasa inggeris, siapa pengarah kementerian kesihatan, cerita tentang diri sampai aku keluar rasa stress dan kalut lalu tersasul gitu. Ada beberapa soalan yang agak tricky dikeluarkan :

Mr H : jadi u boleh tak tahan dengan bau mayat.
Aku   : saya tak boleh tahan-oke masa ni aku dah tak boleh pikir ape
Mr H : oh yeke ?
Aku   : saya tak boleh tahan jadi saya gune mask- try cover balik
Mr H : kalau gune mask pun busuk jugak
Aku   : saya letak minyak wangi.
Mr H : haha. kalau saya, saya letak belacan.

errk~! ni aku nak share info. benda ni kita dah belajar, kalau kita terdedah dengan bau yang sama dalam tempoh yang lama maka otak kita akan berhenti mengesan bau tersebut. Jadi bau tu akan hilang. Satu lagi, kalau uruskan benda2 ni kena tutup telinga kejap. Kesannya, kita akan rasa tenang kejap dan berhenti fikir yang bukan2. Oke, sambung citer.

Mr H : ok. Awak tahu MA ni kena kerja dalam bilik mayat jadi apa kemungkinan salahlaku boleh berlaku di bilik mayat?
Aku   : hah? err curik anggota badan.
Mr H : itu je?
Aku   : ye, *senyum
Ms H : sebenarnye ade banyak salahlaku boleh berlaku di bilik mayat seperti pemalsuan dokumen. U sebagai MA boleh memalsukan dokumen. Satu lagi ulat mayat. U tau tak ulat mayat?
Aku   : tak tahu. Ape ye ulat mayat?
Ms H : ulat mayat ialah syarikat pengurus mayat swasta. MA berkemungkinan disogok untuk menghubungi ulat mayat kalau ada kes. *sogok itu kan salahlaku.

tengok, tricky gila tak?

Pastu, aku pun habis diinterview. Dekat 6 bulan jugak aku tunggu untuk keputusan temuduga tu. Syukurlah dapat masuk akhirnya. :)

zach ♥ sze

No comments:

Post a Comment

hakcipta terpelihara oleh zackluqman ;)